
Ahli Perliman Labuan menyampaikan sumbangan kepada OKU dibantu oleh Pengarah Penerangan Labuan dan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan. Foto By SONTO
JawatanKuasa Penyelarasan Kementerian Penerangan (JKPKP ) Labuan meraikan OKU Labuan pada 18 September 2008 bersamaan dengan 18 Ramadhan 1429H.
Seramai 21 OKU dari Pusat Pemulihan Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima pelbagai sumbangan yang disampaikan oleh YB Dato Hj, Yusof Hj. Mahal , Ahli Parlimen Labuan.
JKPKP Labuan terdiri daripada Jabatan Penerangan Labuan, Jabatan Penyiran Labuan dan Jabatan Hal Ehwal Khas Labuan. Tn. Hj. Mohd. taib Ubah, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan adalah merupakan pengerusi JKPKP Labuan.