Posted by: simpanggagak | 17 Oktober, 2008

POLITIK KETAM

Sang Ketam tidak pernah akan memberi ruang kepada ketam yang lain untuk keluar daripada bakul. Sudah menjadi sifat dan gaya Sang Ketam yang sentiasa akan menggunakan tangan yang kuat dan besar menarik rakan Ketam lain untuk sentiasa berada dalam bakul yang sama walaupun pada hakikatnya terdapat Ketam yang mempunyai peluang untuk berada di luar bakul.

Ketam-ketam ini tidak sedar sesungguhnya adalah perlu untuk mereka saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain untuk keluar. Bukannya asyik menunjukkan Kekuatan dan Power tangan BESAR yang menjadi kebanggaan mereka untuk menyepit
bagi memastikan hanya dia yang boleh keluar.

Mungkin juga Ketam ini ingat dengan Tangan Yang BESAR dan POWER orang akan takut dan gerun walaupun berada dalam Bakul. Tidak juga dapat dinafikan, Ketam-Ketam yang lain akan gerun dan takut dengan Penyepit dan POWER, tetapi hanya dalam kelompok Ketam sahaja la… dalam erti kata yang lain bersaing dalam kumpulan Ketam sahaja la ! Bukankah lebih baik Ketam yang Berkebolehan, Strong dan Power dihantar keluar dan bersaing di peringkat yang lebih tinggi dan disokong oleh Ketam-Ketam yang lain. Sekurang-kurangnya dia berjaya mencipta sejarah bagi bangsa KETAM dan dapat memperjuangkan nasib Anak-Anak KETAM.

” Dulu Orang kata Ketam Cina dengan Ketam Melayu… Ketam Cina lebih baik dulu la… tapi kini macam sama saja perangai Ketam Cina dan Ketam Melayu ni “

Geng Gagak dari Langkawi SeaView Hotel….


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.