Pakej Rangsangan Fiskal adalah bertujuan untuk menyokong pertumbuhan Kadar Dalam Negara Kasar ( KDNK ). Pakej Rangsangan ini diramal akan meningkatkan KDNK negara dari 0.5 hingga 0.7 peratus pada unjuran 3.5 % untuk tahun 2009.
Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan telah mengumumkan pelan Pakej Rangsangan Fiskal sebanyak RM 7 bilion hasil penjimatan daripada subsidi minyak untuk disalurkan kepada 15 bentuk peruntukan yang dirangka.
Antara bentuk peruntukan tersebut ialah :
Peruntukan berjumlah RM 1.2 bilion ringgit kepada pembinaan rumah kos rendah dan dana pelaburan bagi sektor swasta. Antara langkah utama adalah membina 6500 unit rumah mampu milik yang akan dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), 4000 unit dibawah Program Perumahan Rakyat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 15 ribu unit bernilai antara 30 ribu ringgit hinga 35 ribu ringgit sebuah di Semenanjung dan antara 35 ribu ringgit hingga 40 ribu ringgit untuk Sabah dan Sarawak.
Peruntukan sebanyak RM500 juta ringgit bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka. Ini termasuklah membaikpulih dan menyelenggara balai dan kuartes polis serta kem dan kuarters tentera.
Peruntukan sebanyak RM 600 juta ringgit diperuntukan bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam, PIA dan Projek Infastruktur Asas(PIAS) bagi menyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.
RM 500 juta ringgit diperuntukkan bagi menyelanggara dan membaik pulih kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan jalanraya.
RM 500 juta ringgit akan diperuntukkan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian termasuk di Sabah dan Sarawak.
RM 200 juta ringgit diperuntukkan untuk sektor pendidikan.
RM 300 juta ringgit diperuntukkan bagi dana program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri terutamanya di Koridor-Koridor Pembangunan.
RM 500 juta ringgit akan digunakan bagi sistem pengangkutan termasuklah menyelenggara sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-bandar utama.
RM 1.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta termasuklah memberi geran dan pinjaman mudah.
RM 400 juta ringgit diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.
RM 200 juta ringgit diperuntukkan bagi program latihan melibatkan golongan belia yang akan diuruskan Kementerian Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber Manusia serta Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
RM 100 juta ringgit diperuntukkan bagi memperkasa golongan belia melalui program baru.
RM 100 juta ringgit diperuntukkan bagi membantu industri sektor kecil dan sederhana.
RM 200 juta bagi mengerakkan semula projek perumahan yang terbangkalai di kawasan-kawasan strategik terpilih dan berdaya maju.
RM 100 juta ringgit untuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti diperuntukkan bagi pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun seperti program PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika PERPADUAn dan Kelas Pra-Sekolah.
Kata Gagak … Hairan dengan gaya sesetengah rakyat Malaysia yang masih menyatakan Kerajaan ini tidak Prihatin….